Sejarah Pulau Sentinel Utara

Suku Onge, salah satu daripada orang asli kepulauan Andaman yang lain, tahu kewujudan pulau Sentinel Utara; nama tradisional mereka bagi pulau tersebut ialah Chia daaKwokweyeh.[21][26] Mereka juga mempunyai persamaan budaya yang kuat dengan kecil-kecilan apa yang telah dilihat antara suku sentinel. Tetapi, suku Onge dibawa ke pulau Sentinel Utara oleh orang British pada abad ke-19 tidak dapat faham bahasa sentinel, jadi kejauhan yang ketara adalah mungkin.[21][26]

Lawatan British

Juruukur British, John Ritchie, memerhati "pelbagai cahaya" daripada satu kapal kaji selidik hidrogafi Syarikat Hindia Timur Inggeris, Diligent, apabila ia melalui pulau tersebut pada tahun 1771.[21][26][28] Homfray, seorang pentadbir, mengembara ke pulau tersebut pada bulan Mac 1867.[29]

Pada hujung cuaca panas monsun pada tahun 1867, Nineveh, sebuah kapal perdagangan India, karam atas karang berdekatan pulau tersebut. 106 penumpang dan anak kapal yang terselamat mendarat di pantai dalam kapal, dan menahan serangan daripada suku sentinel. Mereka akhirnya dijumpai oleh satu parti penyelamat Tentera Laut Diraja British.[26]

Sebuah ekspedisi yang diketuai oleh Maurice Vidal Portman, seorang pentadbir kerajaan yang berharap untuk mengkaji penduduk tempatan dan budaya mereka, berjaya melakukan pendaratan di pulau Sentinel Utara pada bula Januari 1880. Kumpulan menjumpai satu rangkaian jalan dan pelbagai kampung yang kecil dan ditinggalkan. Selepas beberapa hari, enam suku sentinel, satu pasangan warga emas dan empat kanak-kanak, ditangkap dan dihantar ke Port Blair. Pegawai penjajah yang bertugas dalam operasi tersebut menyatakan bahawa seluruh kumpulan suku sentinel itu "jatuh sakit secara pantas, dan pasangan warga emas itu mati, jadi keempat-empat kanak-kanak tersebut dihantar balik ke tempat tinggal mereka dengan sejumlah hadiah".[21][28][29] Pendaratan kedua dilakukan oleh Portman pada 27 Ogos 1883, selepas peletusan gunung berapi Krakatau disilapkan dengan das tembakan pistol dan mengecamnya sebagai tanda kesusahan sesebuah kapal. Satu parti penyelamat mendarat di pulau dan meninggalkan hadiah sebelum kembali ke Port Blair.[21][29] Portman melawat pulau tersebut berulang kali dari Januari 1885 sehingga Januari 1887.[29]

Selepas kemerdekaan

Peta landsat

Pasukan pengembaraan India dibawah tugas untu kemnubuhkan hubungan persahabatan dengan suku sentinel membuat pendaratan yang sekejap di pulau tersebut setiap beberapa tahun bermula pada tahun 1967.[21] Pada tahun 1975, Leopold III dari Belgium, dalam sebuah lawatan kepulauan Andaman, diambil oleh pembesar-pembesar tempatan untuk pelayaran sepanjang malam ke air-air di pulau Sentinel Utara.[28] Kapal muatan MV Rusley karam atas karang pantai pada tahun 1977, dan MV Primrose juga melakukannya pada tahun 1981. Suku sentinel dikenali untuk menggeledah kedua-dua karaman untuk besi. Penduduk dari Port Blair juga melawat tapak tersebut untuk mengambalikan muatan tersebut. Pada tahun 1991, pengendali penggeledahan dibenarkan untuk menghancurkan kapal-kapal tersebut.[26]

Selepas Primrose karam di karang pulau Sentinel Utara pada 2 Ogos 1981, anak kapal menyedari beberapi hari kemudian bahawa beberapa individu membawa lembing dan panah sedang membina kapal di pantai. Kapten Primrose meradiokan untuk hantaran senjata api kecemasan untuk memastikan anak kapalnya dapat melindungi diri. Mereka tidak menerima sebarang daripadanya kerana satu guruh besar menghalang kapal lain dari menyampai mereka, tetapi laut yang berbahaya juga menghalang daripada suku sentinel daripada menyampai kapal tersebut. Seminggu kemudian, anak kapal diselamatkan oleh satu helikopter di bawah kontrak kepada Oil and Natural Gas Corporation India (ONGC).[30]

Perjumpaan aman pertama dengan suku sentinel dilakukan oleh Triloknath Pandit, pengarah Kaji Selidik Anthropologi India, dan rakan sekerjanya pada 4 Januari 1991.[29][31] Lawatan orang India ke pula utersebut berakhir pada tahun 1997.[21]

Suku sentinel terselamat dari Gempa bumi dan tsunami Lautan Hindi 2004 dan kesan-kesannya, termasuk kenaikan pulau tersebut. Tig ahari selepas gempa bumi tersebut, sebuah helikopter kerajaan India memerhati beberapa penduduk pulau, yang menembak panah dan melempar lembing dan batu ke arah helikopter.[21][26][32] Walupu tsunami tersebut menjejas tanah memancing suku tersebut, suku sentinel telah dilihat untuk menyesuaikan diri.[27]

Pada bulan Januari 2006, dua orang pemancing di air-air haram dibunuh oleh suku sentinel apabila kapal mereka berlayar terlalu dekat dengan pulau tersebut. Tidak terdapat sebarang penyalah sabitan.[14]

Pada bula nNovemebr, 2018, John Allen Chau, seorang mubaligh Amerika berusia 26 tahun,[33] dilatih dan dihantar oleh All Nations berasaskan Missouri,[34] dibunuh dalam satu lawatan haram ke pulau yang terhalang itu, bercadang untuk mengkhutbahkan agama Kristian kepada suku sentinel.[35] Tujuh individu ditahan oleh pihak polis India atas dakwaan membantu Chau pergi ke pulau tersebut secara haram.[34] Memasuki radius lima batu sekitar pulau tersebut adalah haram dalam undang-undang India.[33][36] Pemancing-pemancing memberitahu pihak polis bahawa mereka telah melihat suku tersebut menarik mayat Chau di sekitar pulau tetapi pihak berkuasa tidak dapat mengesahkan kematiannya dengan bebas setakat 25 November 2018.[12] Kes tersebut diperlakukan sebagai pembunuhan tetapi tidak terdapat cadangan bahawa suku kaum itu akan disalahkan.[37]

Jurnal Chau mengatakan dia mengetahui risiko yang dihadapinya, telah ditembak oleh penduduk pulau dengan busur dan panah pada lawatan percubaan sebelumya, dan keharaman lawatannya ke pulau itu. Dalam nota terakhir kepada keluarganya yang dihantar oleh pemancing-pemancing tersebut, Chau menulis "Anda semua mungkin memikirkan saya gila dalam semua ini tetapi saya fikir ia beruntung untuk mengutuskan Jesus kepada kaum ini. Jangan marah kepada mereka atau Tuhan jika saya terbunuh ..."[12] Keluarga tersebut telah bersetuju untuk memaafkan kaum tersebut dan tidak menegaskan kepulangan mayat tersebut ke AS.[38][39]

Rujukan

WikiPedia: Pulau Sentinel Utara http://www.thewe.cc/contents/more/archive2005/janu... http://anonhq.com/island-tribe-hostile-outsiders-f... http://coolinterestingstuff.com/the-strange-myster... http://timesofindia.indiatimes.com/articleshow/667... http://www.northsentinelisland.com/ http://www.censusindia.gov.in/2011-VillageDirector... http://andssw1.and.nic.in/ecostat/basicstatPDF2013... http://ls1.and.nic.in/doef/WebPages/ForestStatisti... http://www.and.nic.in/ http://www.culturalsurvival.org/ourpublications/cs...